06 August, 2010

Doa Mengelak Rancangan Jahat Musuh

Assalamualaikum wm wbr.

Hidup di dunia ini penuh dengan pancaroba. Ke mana sahaja kita pergi, di mana sahaja kita bekerja, atau di mana sahaja kita berkampung halaman, kita akan bertemu dengan berbagai ragam manusia. Ada yang ikhlas ingin berkawan dan berteman dengan kita, ada yang berkawan sebab ingin mendapat sesuatu daripada kita, tetapi tidak kurang juga yang menaruh hasad dengki dan dendam kesumat kepada kita. Yang lebih teruk lagi ialah orang-orang hiprokrit, atau bermuka-muka.  Di hadapan kita tidak ada sekelumitpun riak kebencian yang dipamirkan. Tutur kata semuanya manis-manis belaka, tetapi di belakang kita dia menaruh rancangan yang jahat untuk menjatuhkan kita dsb.  Orang yang sebegini sebenarnya telah hilang pertimbangan dan sedang mengikut nafsu atau ajakan syaitan.

Alhamdulillah, untuk menjauhi rancangan jahat musuh, maka kita telah dibekalkan dengan suatu doa yang ampuh yang telah diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran iaitu seperti pada ayat 54 surah Ali Imran:


Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itupun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. 

Kaedah Amalan:


1. Untuk keadaan biasa (aman)

Baca 33x waktu pagi dan 33x waktu petang.  Maksud pagi ialah waktu selepas solat Subuh sehingga masuk zohor.  Maksud petang ialah selepas Asar sehingga tengah malam.

2.  Jika keadaan kritikal (Kita tahu ada orang dengki dan sedang merancang sesuatu)

Baca 313x waktu pagi dan 313x waktu petang.

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita dan menggagalkan rancangan jahat musuh, Amin.

Wallahuaklam.

46 comments:

  1. Anonymous21 July, 2011

    masyaallah,akan saya segera amalkan...

    tgh mengalami musibah besar yang tidak disangka2...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Tn,

    mohon share doa tersebut..

    Saya sedang difitnah oleh saudara seagama dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan seluruh kehidupan saya..

    Terima kasih Tn.

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum salam wbt muslimah.

    Silakan, silakan. Semoga muslimah terlepas daripada fitnah tersebut.

    ReplyDelete
  4. Salam..tuan bole tuliskan ke tulisan rumi..saya x berapa pandai jawi

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam sya

    Boleh, tapi takut kurang tepat. Seelok-eloknya cuba minta tolong kawan bacakan dan tape bacaan tersebut.

    Bacaannya:

    Wa-ma-ka-ruu-wa-ma-ka-ral-laah. Wal-laa-hu-khai-rul-maa-ki-riin.

    Nota: ruu dibaca panjang 2 harakat. Begitu juga pada laah, laa, maa, riin baca panjang sikit iaitu sebanyak 2 harakat. Huruf lam pada perkataan Allah tu kena baca tebal sikit.

    Minta kawan semak bacaan anda. Alhamdulillahi.

    ReplyDelete
  6. Salam tuan, blh tak sekiranya saya amalkan ayat tersebut selepas solat untuk suami saya... suami saya sering dibuli & dianiayai ditempat kerja oleh orang non muslim.

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum wbt anonymous,

    Boleh insyaAllah. Masa beramal tu fokuskan kepada masalah suami.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum wbt

    Alhamdulillah, berkat yakin atas kekuasaan Allah SWT dan juga berkat mengamalkan doa ini seorang blogger telah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

    Catatan beliau boleh dilihat di sini: http://easy-xs.blogspot.com/2012/01/tazkirah-doa-mengelak-rancangan-jahat.html

    "Alhamdulillah, selepas mengamalkan doa ini, hati saya menjadi tenang dan dipermudahkan segala kesulitan yang saya hadapi dan yang paling best, semuanya dah selesai dengan izin Allah...Alhamdulillah.."

    ReplyDelete
  9. tuan,

    saya telah diuji lagi...x habis2 orang dengki dengan saya dan sedang merancang nak menjatuhkan saya lagi....insya allah...saya akan amalkan doa ini selalu....saya yakin...allah maha mendengar rintihan orang yang di dalam kesusahan yang amat sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan beramal tuan. Semoga Allah menjauhkan tuan dari mara bahaya. Kepada Allah sahaja kita mengadu, dan kepada-Nyalah kita meminta petolongan.

      Delete
  10. Jazak ALlah di atas perkongsian ayat tersebut. Ana tahu ayat tu tp tak tahu b'mana beramal dgnnya,.

    ReplyDelete
  11. Anonymous09 July, 2012

    Assalamualaikum..mohon share dan mgamalkannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam.

      Silakan tuan. Semoga bermanfaat, alhamdulillah

      Delete
  12. Anonymous28 May, 2013

    assalam, saya diganggu orang ketiga dalam perhubungan kami. dan org ketiga itu ingin membunuh saya katanya , adakah saya perlu amalkan ayat ini. atau ada ayat2 lain ? mohon :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya boleh insyaAllah. Di samping itu amalkan juga membaca doa pengikut Nabi Musa seperti pada ayat 85 dan 85 surah Yunus berikut:

      رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
      وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

      Sila rujuk entri saya yang awal dalam blog ini.

      baca 7x selepas setiap solat fardhu setiap hari atau sekurang-kurangnya 7x selepas solat subuh dan maghrib.

      Juga jangan lupa baca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas (3 Qul) selepas subuh dan sebelum tidur. Semasa baca, tadah kedua belah tangan seperti berdoa. Selepas baca tiup kedua tapak tangan tadi dan sapukan ke seluruh anggota tubuh yang boleh dicapai.

      Delete
  13. Anonymous20 June, 2013

    Assalamualaikum saya nak jauhkam diri dari teman lelaki saya kerana dia selalu bertindak kasar dan menipu diri saya serta curang..tolong saya ustaz..saya sudah tidak tahan..adakah doa ini mampu menjauhkan diri saya dari dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Email saya: msaadhamid@gmail.com

      Delete
  14. Adakah boleh jika terlebih 33x namun di amalkan tanpa masa? Disebabkn terlalu selalu mbaca ayat ini.. ianya telah mjadi salah satu zikir di setiap masa tanpa mghitung jumlah kali bacaannya...

    ReplyDelete
  15. pesaing perniagaan saya sedang merancang untuk menjatuhkan jualan produk saya, mereka sedang merancang supaya menarik diri dari memasarkan barang tersebut di tempat yang saya jual sekarang....adakah ayat ini boleh mebantu saya?

    ReplyDelete
  16. Mohon untuk diamalkan ya Tuan

    ReplyDelete
  17. assalamu alaikum tuan .mohon pendapat bolehkan saya mengamalkan ayat d atas untuk menggagalkan niat buruk seorang yang ingin menghancurkan hubungan percintaan dengan tunang saya..

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum, mohon saya mengamalkan doa ini Tuan, terima kasih.

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum tuan terima kasih . keluarga saya sdg mengalami satu ujian drpd Allah .

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..sy dah mengamalkan...tapi sy mengamalkan 33x setiap lepas solat..pendapat tuan?

    ReplyDelete
  21. Anonymous22 July, 2016

    Assalamualaikum tuan, terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  22. As Salam Ustaz,
    mohon mengamalkan ya.
    Jutaan Terima kasih atas semua doa2 di blog ini. Iklas -NorAG

    ReplyDelete
  23. Anonymous26 July, 2017

    mustajab harapnya

    ReplyDelete
  24. mohon utk diamalkan ustaz terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum Ustaz/Tuan, terima kasih tidak terhingga atas perkongsian ini. Hanya Allah swt yang mampu membalasnya.

    Saya amalkan selama seminggu dengan bacaan 313x pagi petang, Alhamdulillah Allah izin rancangannya tak menjadi dan kami terselamat. Alhamdulillah dan terima kasih banyak. Memang akan terus diamalkan, insyaAllah

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum Tuan.
    Terima kasih diatas perkongsian ini. In Shaa Allah saya amalkan.

    ReplyDelete
  27. Asslmkm ustaz..
    Saya dan suami telah dihantar sihir pemisah oleh madu saya. Bolehkah saya amalkan ayat ini untuk membataljan segala rancangan jahatnya.

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum. Sy mohon izin untuk mengamalkan. Terima kasih Ustaz atas perkongsian. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  29. Insyaallah saya akan amalkan... Mohon izin yer....

    ReplyDelete
  30. Anonymous12 June, 2018

    Salam..saya mohon keizinan mengamalkan doa ini.terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  31. Anonymous23 June, 2018

    Pak ustad.. saya saat ini sedang mengalami masalah dengan seseoranf yang mau membongkar aib saya dimasa lalu, padahal saya sudah bertaubat dan tidak mau lagi aib tersebut diungkit2 lagi.. dan dia sedang merencanakan sesuatu untuk menjatuhkan saya, apakah cukup dengan mengamalkan ayat ini rencana jahat dia bisa digagalkan? mohon bantuannya, terimakasih

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum pak ustaz,...saya mohon keizinan untuk mengamalkan doa ini, terimakasih dengan perkongsian ini.

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum
    Tuan ustaz,......saya mohon keizinan untuk mengamalkan doa ini, terima kasih dengan perkongsian ini.

    ReplyDelete
  34. assalamualaikum

    mohon izin utk beramal. tkasih

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum tuan ustaz..mohon izin utk saya amalkan ya.jazakallah

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum tuan ustaz mohon izin utk mengamalkannya.Terima kasih

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum tuan ustaz...terimakasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  38. Assalamulaikum tuan, mohon saya mngamalkannya ya d setiap blog tuan yg berkaitan masallah Sya d tmpt keja, terima kasih d atas perkongsian ini... semoga allah mmblas budi baik tuan.. aamin

    ReplyDelete
  39. Anonymous28 May, 2020

    Mohon izin utk saya amalkan

    ReplyDelete
  40. mohon saya amalkan tuan, izinkan segala ilmu tuan dan ijazahkan kepada saya.

    ReplyDelete