Assalamu'alaikum wm. wbr.
Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT yang menggerakkan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan segala apa yang ada di antaranya. Pujian yang banyak lagi melengkapi nikmat-nikmat-Nya dan yang menarik tambahan kurnia-Nya.
Ya Allah, curahkanlah selawat dan salam dan barakah ke atas penaung kami, yakni kekasihMu Muhammad dan ke atas keluarganya, pada setiap pandangan dan nafas, sebanyak bilangan apa yang diliputi oleh ilmuMu.
Para pembaca blog yang budiman. Pada kesempatan ini sukacita saya berkongsi suatu doa yang saya kira sangat pantas untuk diamalkan memandangkan berleluasanya orang-orang yang zalim, penuh hasad dan dengki yang tidak senang melihat orang lain menerima nikmat kurniaan Allah SWT. Dewasa ini orang yang zalim dan dengki ini terdapat di mana-mana. Jika di pejabat, ia mungkin rakan sejawat kita, orang bawahan kita, hatta mungkin ketua (bos) kita sendiri yang tergugat di atas kewibawaan atau potensi kita untuk pergi lebih jauh daripada mereka. Jika bos menaruh perasaan dengki, dendam kesumat dsb. kepada kita, maka ini merupakan suatu mala petaka bagi kita. Al-maklum bos mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, termasuk hal-hal kenaikan gaji, pengesahan jawatan, sokongan melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Dia akan sedaya upaya membuatkan hidup kita tidak keruan.
Di sini saya ingin memberi nasihat kepada bos yang sedemikian, agar segera insaf dan bertaubat kepada Allah SWT dan meminta maaf kepada orang yang telah dianiaya olehnya. Takutilah doa orang yang teraniaya. Sesungguhnya tidak ada hijab antara doa orang yang teraniaya dengan Allah SWT. Apa yang ditakuti ialah, orang yang teraniaya hilang kesabarannya dan mendoakan kehancuran kepada orang yang zalim.
Oleh itu, sekiranya ada di antara pembaca yang menhadapi kemungkinan dizalimi, dianiaya, dsb, maka disarankan agar mengamalkan doa di bawah ini agar kita terhindar daripada kezaliman mereka. Doa ini dikenali sebagai AYAT SATU yang merupakan sebahagian daripada ayat ke-15 surah Asy-Syura.

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amalan-amalan kami dan bagi kamu amalan-amalan kamu. Tidak ada pertengkaran antara kami dan kamu. Allah menghidupkan kita dan kepada-Nyalah kita kembali. Asy-Syura: 15
Nota: Ayat ini bukanlah dari permulaan ayat 15 Asy-Syura, tetapi ditengah-tengah (warna merah) seperti di bawah.
Kaedah Amalan:
فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَقُلْ آمَنْتُ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنْ كِتَابٍ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
Kaedah Amalan:
1. Bacalah ayat di atas 7x selepas tiap-tiap solat fardu serta dibayangkan hadir musuh kita itu dan makrifatkan ada dinding antara kita dengan musuh. Jika tidak berkesempatan, bacalah tiap-tiap lepas solat Subuh dan Maghrib.
2. Jika sedang berhadapan dengan musuh, atau orang-orang yang zalim, atau orang-orang yang ditakuti, atau binatang-binatang buas, maka bacalah ayat ini 1x sahaja, InsyaAllah akan terlepas dari aniaya dan kejahatan mereka -- dengan syarat telah melakukan amalan no.1 di atas dengan istiqamah. InsyaAllah
Sekian, wasalam.
tkasih untuk doa ini..ditempat kerja sya juga ada yg suka mencari kesalahan org dgn menggunakan pangkat yg disandang..sehingga kini org itu msih blum insaf dn mencari kesalahn sya tanpa sbb hingga memburukkn rekod kerja sya dgn laporannya..moga Allah tunjukkan Kebenaran..aminn
ReplyDeleteterima kasih bagi doa ni...sesungguhnya manusia zalim ni memang wujud. kadang2 tak terpk org mcm ni sanggup buat apa saje kerana nak tegakkan sikap angkuh dan sombongnya...kekayaan yg dimiliki hanya sementara...itu semua milik Allah..kita hanya meminjam dariNya dan menumpang hidup diduniaNya..sanggup menzalimi org lain dan sanggup membuat hidup org melarat kerana tamakkan harta dunia..Ya Allah aku serah padaMu utk menyedarkan org zalim ini dengan caraMu dan kehendakMu...
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan, saya cuba cari ayat 15 surah as-syura, tapi tak sama dengan ayat yang tuan bagi.. minta tuan tolong jelaskan sikit, mungkin saya tersilap rujuk.. terima kasih..
ReplyDeleteZul - Bangi
Salam tuan,
ReplyDeleteminta maaf, saya dah jumpa ayat itu dipenghujung ayat 15. minta abaikan pertanyaan saya sebelum ini. terima kasih..
Zul - Bangi
Assalamu'alaikum Zul - Bangi, alhamdulillah.
ReplyDeletekalau doa ni saya amalkan untuk menentang segilitir orang kafir yang mencari pasal dengan saya? boelh tak?
ReplyDeleteAsaalamu'alaikum wbt mira
ReplyDeleteBoleh, insyaAllah. Sebaiknya amalkan juga doa pengikut nabi Musa seperti pada Surah Yunus ayat 85-86:
رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
rujuk entri dalam blog ini, http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2010/02/doa-supaya-terlepas-dari-kezaliman.html
Wasalam.
Asalamualaikum...dgn keberkatan dan izin dri Allah mudah-mudahan dengan doa ini saya dpt amalkan untuk menentang dari rakan sekerja yang selalu berasa tidak puas hati dan memporak perandakan hubungan saya dgn rakan2 yg lain dn membuat fitnah.
ReplyDeleteterima kasih atas doa ini...Alhamdulillah dah beberapa bulan saya amalkan doa ini...memang sgt berkesan doa ni..dahulunya org yg suka berkasar dengan saya seakan2 menjadi 'lemah' bila berdepan dgn saya.Mcm ada dinding yg kuat yg melindungi dari kejahatan diorg ni..Syukur kpd ALLAH..
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan.
DeleteWasalam
Terima kasih Ustaz. Saya dapat doa ni tepat pada masanya. Kami baru sahaja diselubungi pemerintahan oleh kafir dan orang atasan yang banyak tidak logiknya. Memang benar kata ustaz bahawa "ketua (bos) kita sendiri yang tergugat di atas kewibawaan atau potensi kita untuk pergi lebih jauh daripada mereka. Jika bos menaruh perasaan dengki, dendam kesumat dsb. kepada kita, maka ini merupakan suatu mala petaka bagi kita." Kami bekerja tanpa rasa ikhlas dan sering ketakutan sejak bertukar bos. Sangat dasyat rasanya sbb sblm ini kami sangat gembira bile bekerja. Sejak saya mengamalkan doa ini, dan sebarkan kepada rakan2 sekerja...Alhamdulillah, Allah Maha Agung. Banyak membantu menenangkan jiwa saya yang selama ini sering ketakutan dan sekarang, sedikit demi sedikit, yang tidak betul sudah terbongkar. Syukur sangat2. Allah memang mengasihi dan akan memakbulkan doa orang2 yang teraniaya. Terima kasih banyak2 Ustaz kerana berkongsi di sini.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur kepada Allah SWT.
DeleteDoa ini memang banyak manfaatnya jika diamalkan dengan istiqamah dan ikhlas.
Ustaz, terima kasih banyak2 diatas perkongsian ini..sy memang sdg menghadapi masalah spt yg ustaz nyatakan di atas..Insyaallah sy akan amalkan..
ReplyDeleteYa, cubalah amalkan dengan ikhlas. InsyaAllah ada manfaatnya.
DeleteWasalam
Salam Ustaz.
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, apa kah doa untuk mengelakkan diri dr sentiasa bersedih dan ada kalanya senang menangis.?
Wa'alaikum salam
DeleteUntuk doa tersebut, lihat entri saya di sini --> http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2012/09/doa-perlindungan-daripada-bersedih.html
Saya nak tanya, adakah perasaan sedih tu seperti rasa sayu dan ini kerap berlaku pada waktu petang - selepas asar?
salam ustaz.. terima kasih kerana sebarkan doa ini. sy telah dimalukan dgn teruk oleh rakan sekerja di khalayak ramai dgn niat ingin menjatuhkan maruah sy.sy sgt tertekan dan amat malu. smoga doa ini dpt membantu sy..
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteSemoga tuan/puan terlepas daripada musibah tersebut. Amin YA Rab al 'alamin.
InsyaAllah & terima kasih..
DeleteAssalammualaikum wbt ustaz...
ReplyDeleteTerima kasih dgn doa ini. Sy menghadapi masalah keluarga mertua di mana adik2 suami sy sering bperasaan dengki & tidak pernah menghormati suami sy sbg abg yg sulung. (dr kecil suami dibela org lain). Mereka sering bsikap dingin dgn tidak menyapa kami bila kami dtg bkunjung. Kami sering dinafikan hak kasih syg dr ibu bapa kandung suami. Sering dipinggir dan disangka buruk. Kalau ada gathering kami tak penah dipanggil. Sy begitu sedih dan tertekan. Kalau kami buat jamuan merrka tak penah dtg apatah lg jamuan harijadi ank2 kami.
Semoga ini dpt membantu atau ustaz boleh cdgkan doa yg lebih sesuai. Terima kasih sekali lg.
Wa'alaikum salam wbt
DeleteSelain daripada doa ini, amalkan membaca surah Toha ayat 1 hingga 5, supaya lembut hati mereka dan juga surah Yusuf ayat 4 seperti di bawah.
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
Saya memang tertekan sekrg, namun sy ingatkan diri ini ujian Allah untuk dijadikan pengalaman pd masa depan.Selepas membaca quran hampir syuruk tadi sy terus online dan mencari sesuatu dgn harapan hati ini tenang. Allah Maha Besar bertemu sy dgn blog ini dan sy syukur membaca doa ini kerana sedang tertekan menghadapi situasi politik di pejabat yang seolah2 menindas saya dgn tugasan yg berganda2 berbanding rakan2 lain sedangkan markah prestasi sy diberi rendah.Sy cuba suarakan secara lisan dan bertulis namun sukar mereka terima. Syukur kerana Allah beri sy kekuatan membawa pulang kejayaan2 kpd sekolah pd tahun2 yg lalu. Mulalah ada yang rasa cemburu dan dengki. Seterusnya sy ini dianggap menjadi pesaing kpd seorg dua pemimpin yg bimbang kewibawaan diri akan menggugat kedudukan mereka. Sesungguhnya sy bekerja sbg ibadah kpd Allah dan sy yakin Allah yg menetapkan rezeki. Yg sedih ialah timbulnya dengki, cemburu dan iri hati ini drpd saudara muslim sendiri tuan. Sedihnya saya.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt
DeleteDi samping mengamalkan doa di atas, saya sarankan agar cikgu membaca 3 Qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Niatkan ketika membaca agar Allah SWT melindungi kita daripada gangguan syaitan, dan hasad dengki manusia.
assalamualaikum...sy tertekan dan jiwa kacau kerana suami sy menuduh dan menfitnah sy membuat mistik (buat bomoh) kepada isteri keduanya sedangkan sy tidak pernah melakukan perkara tersebut walaupun hati sy sering disakiti oleh isteri kedua dan suami sy...skrg sy mengandung 7 bulan dan suami langsung tidak pulang kerumah sudah hampir satu bulan...tidak menanyakan khabar anak2 apatah lagi menanyakan khabar tentang sy.....pohon ustaz bantu sy surah apa yg sangat sesuai untuk sy amalkan kerana skrg ni sy amalkan surah alkautar 71kali setiap kali selepas solat fardhu...terima kasih ustaz
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteSaya sarankan puan amalkan membaca ayat 81 surah Yunus 3x atau 7x selepas solat maghrib dan selepas solat subuh sebagai perlindungan.
قَالَ مُوسَىٰ مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ ۖ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ
2. Sebagai usaha supaya suami pulang ke rumah, bacalah ayat 31 surah ar-Rad (سورة الرعد) di bawah ini:
وَلَوْ أَنَّ قُرْآنًا سُيِّرَتْ بِهِ الْجِبَالُ أَوْ قُطِّعَتْ بِهِ الْأَرْضُ أَوْ كُلِّمَ بِهِ الْمَوْتَىٰ ۗ بَلْ لِلَّهِ الْأَمْرُ جَمِيعًا ۗ أَفَلَمْ يَيْأَسِ الَّذِينَ آمَنُوا أَنْ لَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لَهَدَى النَّاسَ جَمِيعًا ۗ وَلَا يَزَالُ الَّذِينَ كَفَرُوا تُصِيبُهُمْ بِمَا صَنَعُوا قَارِعَةٌ أَوْ تَحُلُّ قَرِيبًا مِنْ دَارِهِمْ حَتَّىٰ يَأْتِيَ وَعْدُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُخْلِفُ الْمِيعَادَ
Ayat tersebut dibaca selepas puan melakukan solat hajat mohon agar suami pulang ke rumah. Selepas habis membaca ayat ini, pejamkan mata serta beri tumpuan/fokus seolah-olah puan sedang bercakap dengan suami puan dan minta dia pulang ke rumah.
Semoga membantu.
terima kasih banyak2 ustaz...inshaa allah sy amalkan apa yang ustaz suruh...
Deleteustaz, blh ke sy teruskan amal baca surah alkautar 71x? surah alkautar tu bukankah surah yang boleh diamalkan bagi org2 yang telah teraniaya dan dizalimi?
terima kasih banyak2 ustaz....
Boleh, insyaAllah
Deleteterima kasih banyak2 ustaz....inshaa allah sy amalkan ayat2 yang ustaz suruh...
DeleteSaya sgt tertekan dan bersedih..Saya mempunyai jiran yang jahat yang sering melakukan perkara yg menyakitkan hati..Terlalu byk saya berdoa, namun saya amat sedih dan kecewa kerana Allah tidak makbulkan doa saya. Saya berdoa agar jiran sy yg jahat ni berpindah kerana tidak mahu berbuat dosa sekiranya dia terus tinggal berjiran dengan saya (jiran saya ni hanya menyewa rumah tersebut)..Macam2 doa saya amalkan..Namun jiran tersebut masih tidak berpindah, malah tidak jemu2 melakukan perkara2 yg menyakitkan hati...Saya buntu, tidak dapat beribadah dgn sempurna..Sangat sedih..Bukankah Allah hanya menguji manusia itu sekadar kemampuan manusia tu saje, tapi saya rasa dah tak mampu hadapi ujian tersebut..Saya sedih sgt2, ustaz........
ReplyDelete