06 May, 2010

Doa Untuk Elak Dari Terkena Santau

Assalamu'alaikum wm. wbr.

Sudah lama saya tidak update blog ini. Hari ini saya ingin menulis mengenai suatu kejadian yang berlaku ke atas sahabat saya.



Tu dia. Cawan plastik meletup dan pecah dua apabila sahabat saya baru pegang nak minum. 

Pecah kaca pecah gelas
Lepas baca jangan amal malas

Sahabat saya seorang perawat Islam melaporkan:

"Waktu ini saya di rumah pak sedara saya dan baru sahaja melawat org sakit (pergi lawat jer tengok tengok). Sewaktu cawan ini pecah ia berada betul betul di tapak tangan saya dan terus meletup...perlu ingat yg cawan ini ialah cawan plastik bukan kaca. Selesai sahaja cawan ini pecah terus saya suruh mak sedara saya buangkan semua air dalam teko dan terus membersihkan semua peralatan minuman...


santau??? WALLAHUALAM "

Setelah ditanya apakah amalan yang diamalkannya dia menjawab:

"InsyaALLAH...sebenarnya amalan membaca....tapi bukan amalan itu menentukannya malah ALLAH jua melindungi kita ....WALLAHUAKLAM


Bismillah Hillazi la yadurru.......TIGA KALI sebelum minum atau makan."

Alhamdulillah, berkat amalan dengan izin Allah,  sahabat saya terpelihara dari segala yang memudaratkan dalam minuman tersebut...

Kita semua bolehlah memanfaatkan kisah ini untuk kehidupan seharian kita. Di Darussyifa' ayat tersebut dikenali dengan nama ayat penggerak.


Bacalah ayat ini 3x sebelum keluar rumah, ketika masuk ke pejabat, ketika masuk ke dalam kereta, ketika hendak makan, ketika hendak minum, ketika hendak pegang tangkal, dsb. InsyaAllah akan terhindar dari mara bahaya. Doa ini juga dikenali sebagai doa Khalid al-Walid sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau membaca doa ini apabila beliau mengadu masalahnya kepada baginda.

Doa sering kita dengar dan jumpa dalam kitab-kitab dsb. Namun baca pantun ni:

Pecah kaca pecah gelas

Lepas baca jangan amal malas

Selamat beramal. Amin

89 comments:

  1. Salam ziarah..

    Ayat tu adalah ayat "Bismillah 5"..

    1. Bismillahirrahmannirrahim
    2. Bismillahis shafi
    3. Bismillahil khafi
    4. Bismillahil maafi
    5. Bismillahil lazi la yadurru maas mihi syai-un fil ardi wala fis-sama-e wahu-was samiul alim


    Jom sertai kami di takmirpenang.blogspot.com.. Mana tahu kalau2 boleh kongsi idea..

    ReplyDelete
  2. Anonymous02 June, 2010

    salam ziarah,
    saya minta kebenaran untuk publish artikel santau ni ni blog saya.saya letak kat sana spy senang utk dirujuk.

    akandtg,saya juga mohon utk copy doa2 yg boleh jadi amalan/peringatan utk saya,utk dishare pd blog saya,kredit to u of course.

    thanks

    ReplyDelete
  3. Salam cik pulut coco

    Izin diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ustaz..
      Izinkan saya amalkan yea

      Delete
  4. salam, minta izin untuk copy doa2 yang berkaitan untuk amalan dan perkongsian pada keluarga dan rakan2.

    ReplyDelete
  5. Salam azman_sa

    Silakan, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. minta izin copy ke dalam blog saya.terima kasih

    ReplyDelete
  7. Salam Aida Nurshafi,

    Silakan, dan harap panjang-panjangkan, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. izinkan saya mengambil ayat ini untuk saudara mara..inysaallah.

    ReplyDelete
  9. Salam faez_nyoma,

    Alhamdulillah, silakan.

    ReplyDelete
  10. salam.
    tuan, saye minta izin nak link entry ni. kebetulan sedang dalam draf, saye dok cari makna Bismillah ni. tq in advance. :-)

    ReplyDelete
  11. salam,sy mintk izin utk kongsi bersama yer..

    ReplyDelete
  12. mohon untuk copy paste sebagai rujukan spy tak terleka...

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikum salam blog-tip-kurus, nuyui dan cik muda sae

    Ya anda semua diizinkan untuk copy paste dsb.

    Alhamdulillah, syukran

    ReplyDelete
  14. salam.. saya minta izinnya ambil picture tu untuk tatapan kawan2 saya... harap tuan dapat membenarkannya... terima kasih..

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikum salam Aroma Drop

    Ya, silakan tuan.

    ReplyDelete
  16. salam..saya mintak izin utk kongsi doa ini dengan keluarga dan rakan2..

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikum salam Mish Mencari Konklusi

    Silakan, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  18. mintak untuk share kepada suadara mara sesama islam

    ReplyDelete
  19. Silakan Anonymous, terima kasih

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum
    izinkan saya bertanya berkenaan dengan satu ayat laillahaillaantasubhanakainnikuntumminazolimin..
    ayat tu untuk apa?
    boleh diamal kan ke?
    saya tak pernah dengar ayat ni mahu pun belajar ayat ni
    tapi ada satu hari semasa saya terjaga dari tidur mulut saya terus menyebut ayat itu sehingga la sekarang
    sedangkan nak belajar 3 patah ayat saya perlukan masa 3 - 4 hari untuk hafal..
    tapi ayat yang sepanjang tu saya bangun dari tidur terus ucapkan tanpa saya tahu maksudnya..
    harap encik boleh membantu

    ReplyDelete
  21. Assalamu'alaikum wbt anonymous.

    Ayat


    Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ

    Bermaksud: "Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".


    Ini ialah dari surah al-Anbiya' ayat 87. Ia merupakan doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika berada di dalam perut ikan.

    Cuba kita banyangkan keadaan Nabi Allah Yunus ketika itu - dalam perut ikan - berseorangan dalam keadaan yang gelap gelita, kedudukan baginda sangat bahaya dan ajal akan menjemput pada bila-bila masa.

    Maka doa tersebut yang diucapkan setulus hati oleh nabi Yunus merupakan suatu munajat, dan juga suatu ucapan taubat, memohon agar Allah SWT menyelamatkan baginda daripada bahaya tersebut. Dan akhirnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Yunus daripada situasi yang sangat gawat tersebut.

    Oleh ini doa tersebut sangat baik untuk diamalkan sekiranya kita sedang menerima ujian yang berat daripada Allah SWT, semoga Allah SWT mengeluarkan kita daripada kemelut yang sedang kita hadapi. InsyaAllah.

    Cuma apa-apa ilmu yang diperolehi daripada mimpi dsb, takut-takut jin/syaitan cuba menyelinap di situ. Justeru, jika tuan/puan hendak beramal dengan ayat tersebut, saya syorkan akan tuan/puan berjumpa orang yang arif atau ulamak yang dipercayai untuk mengijazahkannya kepada tuan.

    Sekian, wasalam.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih...mohon copy ayat pengerak ye tuan.

    ReplyDelete
  23. Assalamu'alaikum wbt,

    Alhamdulillah, silakan tuan, silakan. Syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. assamualaikum....
      saya mohon untuk coppy....

      Delete
    2. Wa'alaikum salam wbt

      Ya sikakan

      Delete
  24. Anonymous08 May, 2012

    Assalamu'alaikum wbt,

    saya mohon utk copy doa2 yg boleh jadi amalan/peringatan utk saya,

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum..

    mohon kebenaran untuk copy-paste ke dinding fb saya sebagai peringatan peribadi serta berkongsi dengan rakan-rakan.. :)

    ReplyDelete
  26. Anonymous02 July, 2012

    Assalamualaikum wbt...

    Saya mohon kebenaran tuan utk copy doa-doa yang bermanfaat di blog tuan untuk dijadikan amalan saya.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Silakan, silakan alhamdulillah

      Delete
  27. Anonymous13 July, 2012

    Assalamualaikum... mohon izin nak share maklumat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan, selamat beramal

      Delete
  28. assalamualaikum..saya nak mintak share doa ini..untuk ibu saya..ibu saya tengah sakit,saya takut dia disantau oleh seseorang yang tak bertanggungjawab..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam.

      Ya silakan, insyaAllah semoga ibu anda sihat. Amin.

      Delete
    2. Insha Allah make kamu baikk

      Delete
  29. Assalamualaikum..minta share.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya dipersilakan. Alhamdulillah.

      Delete
  30. assalamualaikum...saya mohon kebenaran tuan utk copy doa-doa yg tuan berikan...supaya dapat menggunakannya untuk kegunaan diri dan keluarga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa,alaikum salam wbt.

      Ya, silakan tuan. Silakan. Semoga bermanfaat, insyaAllah.

      Delete
  31. Salam,tuan. "Rabbiyassir walatua'sir" apa maksud ayat ini ye? Saya amalkan ia jika saya ingin memandu, pekerjaan saya sukar saya lakukan. Bila saya baca ayat ini semua yg saya lakukan menjadi mudah "DENGAN IZIN ALLAH". Blh tuan bagitahu saya apa maksud ayat yang saya tuliskan tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah menunaikan doa dan mempermudahkan urusan tuan.

      Doa itu maksudnya: "Ya Tuhan! Permudahkan dan janganlah disusahkan (dirumitkan)". Jadi alhamdulillah dengan berkat doa tersebut Allah SWT telah memudahkan urusan tuan. MaasyaaAllah! Tabarakallah! Maha Suci Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya yang ikhlas.

      Delete
  32. As salam tuan, mohon kebenaran tuan utk copy doa-doa yg tuan berikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Silakan tuan asalkan jangan lupa masukkan link laman ini dalam entri tuan. Semoga Allah memberkati tuan sekeluarga, aminn.

      Delete
  33. salam tuan, minta share ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan, semoga bermanfaat. Alhamdulillah

      Delete
  34. Assalamualaikum ya syeikh. Mohon share ya doa ini. sebelum ini hanya ingat 3 perkataan smp la yadurru. Sehinggalah sy terjumpa blog syeikh. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan tuan, silakan. Terima kasih kerana sudi berkunjung.

      Delete
  35. sya mohon copy paste terima kasih

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum syeikh. Boleh berkongsi ilmu berkaitan doa-doa untuk melembutkan hati? dan bagaimana pengamalannya supaya boleh dipraktikkan menjadi ibadah sehari-harian.

    ReplyDelete
  37. Assalamu'alaikum wbt,

    saya mohon utk copy doa2 yg boleh jadi amalan/peringatan utk saya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam.

      Ya silakan tuan, alhamdulillah.

      Delete
  38. Assalammualaikum.

    Minta izin untuk copy dan amalkan doa ini.

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum....t.kasih ust..insy...akan djadikan amalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam.

      Alhamdulillah, semoga bermanfaat, Amin.

      Delete
  40. As salam ust...saya nak bertanya bagi maksud ayat tersebut..
    wahiya tajruhu ria hawaka nallahu kullisyain muttaddirah rabbana syifak nal azab minnal mukminul nayau ma izin yas duruna suwastata innafiru ifafan wasiya a'la
    terima kasih ustaz...
    lagi satu blh ke kita baca bismillah allazi la yadhurru

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum, tuan ada tahu tak pasal bismillah 6?adakah bismillah 6 ini betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, bismillah 6 ini banyak kegunaannya, terutama untuk menawarkan bisa. Kalau sudah sebati diamalkan memang mujarab, insyaAllah.

      Delete
  42. Assalamualaikum mohon d kongsi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya puan, alhamdulillah semoga bermanfaat, amin.

      Delete
  43. Imam safi'i04 June, 2013

    Assalam'mualaikum,,,ust saya minta izin untuk mengamalkan ayat ini,,,trimakasih,,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan tuan. Alhamdulillah

      Delete
  44. Hazlinda Zazali14 June, 2013

    Assalammualaikum.,sy mohon share ya ustaz...terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan puan. Alhamdulillah

      Delete
  45. Assalamualaikum, mohon share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan, silakan. Alhamdulillah

      Delete
  46. assalam...sy nk mntak keizinan untuk copy doa diatas...coz baru2 nie sy terkena santau dalam makanan dan ada org hantar santau sampai saya kurus,sy jd panad baran walau ngn suami sy sendri...skunk pn nk tiduralam pn susah...selaly kne tindih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'alaikum salam wbt

      Ya silakan puan. Amalkan juga membaca surat al-ikhlas, al-falaq dan an-nas sebelum tidur.

      Delete
  47. Anonymous24 July, 2013

    Assalamualaikum tuan, mohon share doa2 dan ayat2 yg tuan post didalam blog tuani dgn family dan sahabat2 saya ye? moga Allah s.w.t berkati tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan, alhamdulillah.

      Delete
  48. Assalamualaikum tuan.. bleh sy tya sesuatu?? Sahabat sy ada masalah.. iaitu adik perempuan dia sekarang tengah stress dengan ugutan org nk sihir dia sebab xterima huluran seorang lelaki nk berkawan..dengar maklum org tu dah pegi jumpa bomoh.. kalo boleh tuan kongsikan sikit cara mcm mna sy nk tlg kawan sy nie.. sy tk dy tertekan sgt dgn msalah yg menimpa.. terima kasih atas jasa tuan sudi baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Amalkan ayat pembatal sihir seperti berikut selepas solat subuh dan maghrib. Kalau boleh amalkan selepas setiap solat 5 waktu.

      1. Surah Yunus ayat 81-82
      2. Surah al-A'raf ayat 118-122
      3. Surah TaHa ayat 69
      4. Al-Ikhlas
      5. Al-Falaq
      6. An-Nas

      Saya akan buat satu entri untuk ini, insyaAllah.

      Delete
  49. assalamualaikum ustaz..mohon izin untk copy ayat ni untk sy, keluarga dan rakan2 sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Ya silakan, alhamdulillah semoga bermanfaat.

      Delete
  50. Assalammualaikum... ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz kerana saya telah ditemukan dengan blog dan doa elak santau ini. Saya telah beberapa kali disantau sehingga jadi sakit dan terlalu kurus tapi nasib baik dapat berubat. Namun begitu saya memang perlu pendinding berupa ayat2 Al-Quran buat menjaga keselamatan saya bila2 saja. Alhamdulillah semoga zahir dan batin saya pulih kembali. Izinkan saya war2kan doa ini kepada sesiapa saja untuk kebaikan mereka juga. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Alhamdulillah semoga bermanfaat.

      Delete
  51. Assalammualikum...sy nk tnye klau cawan pecah berderai dgn sndiri.....di atas meja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Maaf saya tak ada jawapan untuk ini. Wallahu aklam

      Delete
  52. Assalamualaikum..
    Izinkn sy utk berkongsi dgn rakan sesama islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Ya silakan. Alhamdulillah.

      Delete
  53. Mohon copy doanya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya silakan, alhamdulillah. Semoga bermanfaat in shaa Allah

      Delete
  54. Assalamualaikum syeikh mohon kongsi amalan ini

    ReplyDelete
  55. Assalamualaikum Tuan,mohon share

    ReplyDelete
  56. Assalamualaikum.. saya mau tanya sama ayat yang ini ayat apa yaa?
    "illahil Karim aqrimni wa'usnul bi sautika ana man sami'a laa yadul huba"
    Makasih wassalamu'alaikum

    ReplyDelete