06 March, 2010

Doa Pelbagai Guna -- Hindar Kejahatan Jin, Manusia, Pembesar, Buasir, Sakit Gigi dsb.

Alhamdulillah, entri kali ini ialah berkenaan doa pelbagai kegunaan untuk elak kejahatan jin, manusia, pembesar, buasir, sakit gigi, gila, kusta, kecurian, dan segala kejahatan ciptaan Allah s.w.t, dan sebagainya.  Penulis telah mengamalkan doa ini hampir setiap hari dan alhamdulillah, walaupun gigi berlobang tetapi tidak sakit. Syukur kepada Allah s.w.t.  Hayati maknanya apabila membaca doa ini.

Kaifiat amalan:

Baca sekurang-kurangnya 1x setiap hari. Sebaik-baiknya baca 1x selepas solat subuh dan 1x selepas solat maghrib. InsyaAllah.


Makna doa di atas:

Aku meminta perlindungan untuk diriku dan anak-anakku kesemuanya, dan ahli keluargaku semuanya, dan harta-hartaku semuanya, dan saudara-saudaraku semuanya dan juga harta-harta mereka, secara berkekalan dan berpanjangan selama-lamanya, dengan wajah Allah Yang Maha Agong, yang tiada sesuatu pun yang terlebih agong daripada-Nya, Yang Mempunyai Ketinggian dan Keperkasaan, daripada kejahatan jin dan manusia, syaitan-syaitan, dan sultan-sultan (pembesar atau ketua tempat kerja masing-masing), orang-orang Arab Badwi (kat Malaysia ni -- orang asli kot), dan kejahatan yang tujuh, kejahatan serangga perosak (spt anai-anai dll), dan kecurian, dan daripada kejahatan semua makhluq Allah Taala. Dan daripada penyakit gila, kusta, sopak, mati separuh badan, buasir, kencing tidak tus, pekak, buta, bisu, dan daripada akhlak yang buruk, dan daripada tertanggal gigi, dan daripada sakit gigi geraham, dan daripada gigi berlobang dan longgar atau tercabut ia. Dan daripada semua bala dan fitnah, yang zahir dan yang batin.  Dan aku berpegang teguh dengan Tuhan yang memiliki kerajaan. Dan aku bertawakkal kepada Dia yang tidak akan mati (3X -- ayat yang terakhir ini saja baca 3x).

23 comments:

  1. salam tuan haji mohd saad,

    saya dah terlekat kat blog tuan haji dah ni...

    tuan haji,terima kasih atas perkongsian doa...

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam

    Terima kasih olive. Saya kurang update entri kat sini sbb pc rosak. Ini pinjam netbook anak.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbkt..minta izin copy..untuk share sesama islam..terimakasih..semoga dirahmati dan diberkati Allah swt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Silakan puan. Terima kasih

      Delete
    2. Assalamualaikum wbkt.. doa di atas telah saya amalkan setiap hari..pertama kali mengamalkannya, Alhamdulillah.. sakit gigi geraham yang saya tanggung hilang tiba tiba, seminggu selepas itu tumbuh bisul yang mengandungi darah dan nanah pada gusi geraham tersebut, kini.. InsyaAllah sembuh sepenuhnya..dah tak sakit lagi..sekarang ni tengah promosi doa ni dengan kawan kawan..

      Bahagia rasanya bila doa kita dikabulkan..Terima Kasih Allah..

      Terima kasih sesangat dengan perkongsian ilmu ini.. semoga Allah swt merahmati dan memberkati hidup Tuan Haji sekeluarga..aamiinnn..

      Delete
    3. Wa'alaikum salam wbt

      Alhamdulillah, saya tumpang gembira doa akumama teelah dikabulkan. Semoga dengan itu akan bertambah-tambah lagi keimanan kita kepada Allah SWT.

      Sayang Allah, Sayang Rasulullah, Sayang Iman dan Islam.

      Delete
  4. Salam Tuan Haji, saya telah difitnah atas bukan kesalahan saya, disebabkan org tersebut lebih pandai bercakap dan berkuasa, jadi org len lebih mempercayai cakap dia tnpa beri saya peluang utk membela diri.. Saya berharap sngt tuan haji dapatlah berikan pada saya ayat @ doa yang sesuai untuk diamalkan bagi melindungi diri saya dan melembutkan hati org tersebut daripada terus menfitnah saya... terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam.

      Saya cadangkan supaya diamalkan doa berikut: (Yunus 85 dan 86)

      رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

      وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


      Sila rujuk link --> http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2010/02/doa-supaya-terlepas-dari-kezaliman.html

      Juga doa berikut ketika berhadapan dan berhujjah dengan mereka (Asy-Syura:15)

      اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ

      http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2010/07/doa-ketika-berhadapan-dengan-orang.html

      Delete
    2. Salam Tuan Haji, ayat yunus 85 & 86 dibaca pada orang islam blh ker ? adakah ayat ni sesuai dibaca semasa solat tahajud @ solat hajat... saya rasa tertekan sbb makin lama makin menjadi sikap dia menfitnah saya... tima kasih

      Delete
    3. Wa'alaikum salam wbt

      Doa tu adalah doa pengikut-pengikut Nabi Musa. Walau bagaimanapun kita boleh baca sebab dia ayat al-Quran dan minta pada Allah agar kita selamat daripada angkara orang-orang yang zalim. Kalau masih ragu-ragu, hanya amalkan Yunus 85 sahaja.

      Makna Yunus 85 ialah: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim".
      Makna Yunus 86: "Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".
      Elok juga baca doa ini minta orang-orang zalim bergaduh sesama sendiri, dan mohon Allah selamatkan kita daripada angkara jahat mereka.

      اللَّهُمَّ اَشْغِلِ الظَّالمِيْنَ بِالظَّالِمِيْنَ •• وَ اَخْرِجْنَا مِنْ بَيْنِهِمْ سَالِمِيْنَ

      rujuk entri ini http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2010/08/doa-terselamat-dari-orang-yang-zalim.html

      Sekian semoga anda sentiasa mendapat perlindungan dan pertolongan Allah SWT. Amin.

      Delete

      Delete
    4. Assalamu'alaikum wbt.

      Boleh juga baca doa berikut

      وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

      untuk kaedah amalan, lihat http://amalan-doa-mustajab.blogspot.com/2010/08/doa-mengelak-rancangan-jahat-musuh.html

      Delete
    5. Anonymous25 July, 2013

      Mohon izin Tuan haji untuk saya mengamalkannya sebagai perlindungan diri dan keluarga

      Delete
    6. Assalamu'alaikum wbt anonymous 25 July 2013

      Ya silakan, alhamdulillah. Semoga bermanfaat, amin

      Delete
  5. salam...ayat ayat di atas tu dari surah mana ?senang nanti nak rujuk...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Itu adalah doa, bukan ayat al-Quran.

      Delete
  6. assalamualaikum ustaz, saya telah menghadiri temuduga SPA utk program latihan separa perubatan diploma kEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA(KKM) dan keputusan saya akan diumumkan pada disember 2012 ini. Setiap masa saya berdoa supaya mendapat tempat untuk belajar di bawah KKM.Sekarang saya menuntut di sebuah IPTA dan berumur 18 tahun. saya benar2 berharap supaya pihak SPA tidak teragak-agak untuk mengambil saya. Boleh ustaz senaraikan doa-doa pelembut hati untuk pihak spa dan supaya lulus temuduga itu?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Lakukan solat hajat 2 rakaat dan kemudian berdoa semoga Allah kabulkan permintaan kita.

      Sila rujuk link berikut untuk doa solat hajat:

      http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-hajat/

      Delete
    2. Assalamu'alaikum wbt

      Sebagai alternatif lain, baca Yasin, solat hajat 2 rakaat dan baca doa berikut:

      بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

      اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تُنَجِّيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالأَفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا مِنْ جَمِيْعِ الْحَاجَات وَتُطَهِّرُنَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ وَتُبَلِغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَص َحْبِهِ وَسَلَّم.

      اللَّهُمَّ يَا جَامِعَ الشَّتَّاتِ وَيَا مُخْرِجَ النَّبَاتِ وَيَامُحْيِىَ العِظَامِ الرُّفَاتِ وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَاتِ وَيَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَيَا مُفَرِّجَ الكُرَبَاتِ وَيَا سَامِعَ الأَصْوَاتِ مِنْ فَوْقِ سَبْعِ سَمَوَاتِ وَيَا فَاتِحَ خَزَائِنَ الْكَرَمَاتِ وَيَا مَنْ مَلأَ َنُوْرِهِ الأَرْضَ وَالسَّمَوَاتِ وَيَا مَنْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا وَأَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا وَعَالِمًا بِمَا مَضَى وَمَا هُوَ آتٍ. نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ بِقُدْرَتِكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ وَبِاسْتِغْنَائِكَ عَنْ جَمِيْعِ خَلْقِكَ وَبِحَمْدِكَ وَمَجْدِكَ يَا إِلَهَ كُلِّ شَيْءٍ أَنْْ تَجُوْدَ عَلَيْنَا بِقَضَاءِ حَاجَاتِنَا ....

      وَأَنْ تَتَقَبَّلَ مِنَّا مَا بِهِ دَعَوْنَاكَ وَأَنْ تُعْطِيَنَا مَا سَأَلْنَاكَ بِحَقِّ سُوْرَةِ يس وَبِحَقِّ قَلْبِ القُرْآنِ وَبِحُرْمَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم . اللَّهُمَّ لاَ تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا إِلاَّ غَفَرْتَهُ وَلاَ عَيْبًا إِلاَّ سَتَرْتَهُ وَلاَ هَمًّا إِلاَّ فَرَّجْتَهُ وَلاَ عَزْبًا إِلاَّ زَوَّجْتَهُ وَلاَ كَرْبًا إِلاَّ كَشَفْتَهُ وَلاَ دَيْنًا إِلاَّ قَضَيْتَهُ وَلاَ ضَالاً إِلاَّ هَدَيْتَهُ وَلاَ عَائِلاً إِلاَّ أَغْنَيْتَهُ وَلاَ عَدْوًا إِلاَّ خَذَلْتَهُ وَكَفَيْتَهُ وَلاَ صَدِيْقًا إِلاَّ رَحِمْتَهُ وَكَافَيْتَهُ وَلاَّ فَسَادًا إِلاَّ أَصْلَحْتَهُ وَلاَ مَرِيْضًا إِلاَّ عَافَيْتَهُ وَلاَ غَائِبًا إِلاَّ رَدَدْتَهُ وَلاَ حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالأَخِرَةِ لَكَ فِيْهَا رِضَا وَلَنَا فِيْهَا صَلاَحٌ إِلاَّ قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن . وَاكْتُبِ اللَّهُمَّ السَّلاَمَةَ وَالصِّحَةَ وَالْعَافِيَةَ عَلَيْنَا وَعَلَيْهِمْ وَعَلَى عَبِيْدِكَ الْحُجَّاجِ وَالْغُزَّاةِ وَالزُّوَّارِ وَالْمُسَافِرِيْنَ وَالْمُقِيْمِيْنَ فِيْ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَالْجَوِّ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِيْنَ وَانْصُرْنَا عَلَى اْلقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ وَاخْتِمْ لَنَا يَارَبَّنَا مِنْكَ بِخَيْرٍ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ . اللًّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا وَعَنِ الْمُسْلِمِيْنَ الغَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْبَلاَءَ وَالطَّاعُوْنَ وَالْفَحْشَاءَ وَالْمُنْكَرَ وَالسُّيُوْفَ الْمُخْتَلِفَةَ وَالشَّدَائِدَ وَالمِحَنَ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ مِنْ بَلَدِنَا هَذَا خَاصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ الْمُسْلِمِيْنَ عَامَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ .

      رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الوَهَّابُ . رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن.

      Delete
  7. Anonymous01 July, 2015

    Salam...nk tnye kotak kedua ayat pertama bunyinya ape ? Sari ke atau Sar . Sebab tk terang tandanya

    ReplyDelete
  8. Anonymous01 July, 2015

    Keempat empat ayat dalam kotak diatas tu dari surah mana...sebab memudahkan saya untuk membuat rujukkan

    ReplyDelete
  9. Assalam ustaz izinkan sy dan keluarga beramal dan kongsikan pada kawan yg berhajat semoga allah memberkati keluarga ustaz amin

    ReplyDelete
  10. Salam izinkan sy dan keluarga saya beramal semoga allah memberkati ustaz sekeluarga amin

    ReplyDelete