12 July, 2011

Doa Mohon Keselamatan, Kesihatan dan Tolak Bala

Assalamu'alaikum wm wbr.
...
Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya menggerakkan hati saya untuk meng'update' blog ini yang sudah sekian lama tidak dikemaskini. 
...
Pada kesempatan ini sukacita saya berkongsi suatu doa yang saya petik daripada rangkaian "Doa-doa mustajab selepas majlis zikir mengikut hajat" susunan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. 
...
Seperti biasa adab-adab berdoa perlulah diperhatikan, dan ketika berdoa tumpukan sepenuh hati, penuh mengharap, mengadu kepada Allah SWT, serta fahami setiap patah doa yang dibaca. Alhamdulillah, dengan rendah hati dan penuh kesyukuran kepada Allah SWT (bukan untuk menunjuk atau bermegah), penulis pernah mengecap rasa nikmat berdoa yang mana masalah penulis terlerai ketika sedang membaca doa ini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu Ya Rahman. Ubun-ubun kami ada dalam genggamanMu, telah terdahulu ketetapanMu bagi kami, telah adil qada' dan qadarMu bagi kami, kami meminta dengan nama-namaMu yang telah Engkau sebut untuk diriMu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada salah seorang  hambaMu, atau nama yang Engkau rahsiakan dalam ilmuMu yang ghaib, agar Engkau kurniakan kepada kami kesihatan dan keselamatan, afiat dan keselamatan yang kekal dalam agama, dunia, dan akhirat dengan rahmatMu Ya Allah, wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.



18 comments:

  1. Assalamualaikum Tn Hj..
    Sedang mencari doa2 yg sebegitu..
    Terima kasih berkongsi sama..

    Biar susah..Baru senang ingat(pencipta)..Kalau mudah..Mudah lupa (pencipta)..wallahualam

    ReplyDelete
  2. Jazakallah.. Terimakasih buat Tn Haji serta mohon izin dikongsikan dan juga utk diamalkan

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum wbt

    Kpd deg, MI dan AwangLatif, alhamdulillah dan maaf kerana lama sangat saya tak balas komen tuan-tuan sekelian. Baru hari ni masuk semula ke sini.

    Kpd sdr AwangLatif, sila dan panjang-panjangkan doa ini. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  4. Assalam, mohon share doa diatas.

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah.

    terima kasih tuan..

    maza mohon berkongsi maklumat ini di blog maza sana ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Silakan asalkan nyatakan link ke blog ini. Alhamdulillah.

      Delete
  6. mohon joint blog ni... dan mohon berkongsi apa2 doa yg di letakkan dlm blog ini ke blog saya http://ieta-myblog.blogspot.com terima kasih ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamu'alaikum wbt

      Izin diberi untuk copy paste satu (1) atau (2) entri sahaja. Tak kanlah nak copy paste semua entri pulak kan? Nanti apa yang tinggal kat sini.

      Delete
  7. As Salam... terima kasih atas pengkongsian ini. Mohon share Tn Hj. Terima kasih byk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam Cik Suez

      Silakan. Sebelum baca doa ini elok baca asma ul-husna terlebih dahulu.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Assalamu'alaikum, mohon izin pak Haji untuk dicopy dan di amalkan Insya Allah.

    ReplyDelete
  10. Bagus banget,semoga berkah

    ReplyDelete
  11. Terimakasih sdh mau berbagi izin mengamalkannya

    ReplyDelete