25 May, 2010

Doa Ketika Berada Di Makam Rasulullah dan Setelah Memberi Salam Kepada Baginda, Abu Bakar dan Umar

Assalamu'alaikum wm wbr.


Alhamdulillah, jika kita berkesempatan diberi peluang menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasulullah, maka disarankan agar kita berdoa kepada Allah swt setelah kita bersalaman dengan Rasulullah s.a.w., dan juga kepada sahabat beginda iaitu Abu Bakar as-Siddiq ra. dan Umar Ibn Khattab ra. iaitu ketika kita menziarahi makam mereka di Masjid Nabawi, di Madinatul Munawwarah .

Caranya:

Setelah melaksanakan solat  tahiyatul masjid, kita melangkah dengan penuh tertib dan takzim menuju makam Rasulullah s.a.w. dan memberi salam kepada baginda. Tundukkan kepala dan bersalam bersungguh-sungguh dan khusyuk – assalmualaika ya Rasulullah. Assalamu’alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakaatuh - dengan nada yang perlahan, yang hanya didengar oleh telinga kita sahaja sebagai tanda hormat kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian bergerak selangkah ke kanan bersalam kepada Abu Bakar, kemudian bergerak selangkah ke kanan bersalam kepada Umar ibn Khattab.  Setelah kita selesai bersalam dengan Umar ibn Khattab, kita kembali ke makam Rasulullah s.a.w. (Duduklah di belakang tiang, antara laluan umum dengan makam baginda, bagi mengelakkan agar tidak dimarahi atau dihalau oleh Polis yang bertugas.) Di situlah kita membaca:


Ya Allah, telah datang perkhabaran kepadaku daripada kalamMu:


(An-Nisa':64)


"Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." 


Justeru itu Ya Allah, aku datang kepada RasulMu dan aku mohon ampun kepadaMu di atas segala dosa, maksiat, dan kesalahan yang telah aku lakukan serta bertaubat tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut. Semoga Engkau mengampunkan daku Ya Allah, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun.


i)   Istighfar 70x

ii)   Innallaha wamalaaikatahu yusallu na 'alan nabi 10x
iii)  Sollallahu wasallamu 'alaika Ya Rasulullah 70x
iv)  Berdoa kepada Allah swt seperti berikut:

“Ya Allah Ya Tuhanku, berilah keberkatan kepadaku Ya Allah. Engkau telah sampaikan aku Ya Allah di hadapan NabiMu, di hadapan orang yang Engkau cintai Ya Allah. Mudahkan aku untuk menjunjung dan melaksanakan semua perintahMu Ya Allah dan menjauhi semua laranganMu Ya Allah."

"Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah usahaku Ya Allah, berkatilah semua rezeki yang Engkau berikan kepadaku Ya Allah. Ya Allah, berkatilah semua anak-anakku Ya Allah, berikanlah keampunanMu kepadaku Ya Allah."

"Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Engkau matikan aku sebelum Engkau mengampunkan semua dosaku Ya Allah."

"Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang benar-benar ikhlas di dalam segala amalanku Ya Allah. Ya Allah, Engkau kumpulkan daku di dalam golongan yang sedikit di kalangan yang sedikit Ya Allah."

"Ya Allah, Engkau permudahkanlah ibadah umarahku dan Ibadah hajiku Ya Allah. Engkau jadikanlah ia haji yang mabrur, umrah yang maqbul, dan saie yang penuh dengan kesyukuran, Ya Allah."

Rabbana, aatina, fid dunya hasanah. Wa fil aakhirati hasanah, waqina 'azaban nar. Wa sallallahu 'ala saiyidina Muhammadin wa 'ala alihi wa sohbihi ajmaien.


Nota: Adab-adab berdoa perlu dijaga seperti mengucapkan puji-pujian kepada Allah dsb

28 comments:

  1. Asalamualaikum tuan,

    Saya copy paste panduan post tuan ni untuk panduan saya yg bakal ke tanah suci pada 24 Mei 2011 ni. Moga tuan halalkan kalau saya ambil dan ambil sedikit untuk post di blog saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wm wbr

    Ya silakan puan. Maaf lambat sikit balas komen ni sebab saya jarang masuk ke sini.

    Semoga umrah puan pada 24 Mei 2011 yg lalu membawa kenangan manis buat puan serta maqbullah.

    ReplyDelete
  3. assalamuaalaikum tuan, sy juga mohon utk copy paste doa ini sbgi pnduan ketika sy menunaikan umrah, sesungguhnya maklumat srta doa ini amat brmakna kpd semua muslimin, smoge Allah mengurniakan sebesar gnjaran buat tuan.....

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wbt

    Silakan tuan, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Anonymous18 June, 2012

    As salam,

    sy juga mohon copy doa diats utk panduan sy sekeluarga menunaikan umrah nanti. Semoga allah memberi ganjaran kpd tuan atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Silakan anonymous

      Delete
  6. As salam,

    sy juga mohon copy doa diats utk panduan sy sekeluarga menunaikan umrah nanti. Semoga allah memberi ganjaran kpd tuan atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Silakan stibo77

      Delete
  7. Asalamualaikum tuan,

    Saya copy paste panduan post tuan ni untuk panduan saya yg bakal ke tanah suci pada 25 julai 2012 ni. Moga tuan halalkan kalau saya ambil. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan tuan. Saya izinkan.

      Delete
  8. Pak Kia,

    Asalamualaikum tuan,

    Saya mau copy panduan di atas dan minta izin..karena saya berencan untuk pergi ke tanah suci tahun 2013

    salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya dipersilakan untuk copy, alhamdulillah.

      Semoga mendapat umrah yang maqbul, amin.

      Delete
  9. Assalamualaikum...

    May I use this post to give to my in laws for their umrah trip?Thank you so much for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Ya, silakan, silakan. TQ

      Delete
  10. Assalamualaikum tuan,
    sy mohon utk mengambil risalah ini. buat panduan semasa mengerjakan umrah nnti..insyaallah...mohon utk share ngn kwn2 sy..terima ksih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan puan. TK

      Delete
  11. Assalamualaikum Tuan,
    Saya akan menunaikan Rukun Islam yg ke5 pada musim haji tahun ini, insyallah. Mohon keizinan dari tuan dan halalkan bagi saya untuk memgambil doa ini utk saya baca ketika menziarah Makam Rasulallah kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Ya silakan. Saya doakan agar anda mendapat haji yg mabrur, amin.

      Delete
  12. Salam. Saya tertarik dengan usaha yg tuan laksanakan. Utk itu izinkan saya mengunakan nya semasa menjalankan ibadat umrah nanti. Pada Mu ya Allah. ....kau berkatilah usaha sahabatku ini agar beliau sentiasa di bawah rahmat Mu. Hanya pada Mu kau me mohon. ....Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, Ya Rabb al 'alamin.

      Terima kasih atas doa tersebut.

      Ya dipersilakan tuan.

      Delete
  13. Assalam tuan, saya mohon share amalan doa ini...terima kasih

    ReplyDelete
  14. as salam....Tuan
    mohon saya share risalah ini utk kegunaan saya disiri lawatan kesana feb nanti...moga Allah limpahkan rahmat pada tuan sekeluarga atas usaha baik ..ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya Rabb al 'alamin. Alhamdulillah, terima kasih atas doa.

      Ya persilakan dan semoga bermanfaat.

      Delete
  15. Assalamuailaikum tuan... saya akan menjalankan ibadah umrah pada 23 feb 2014 ini.. izin kan saya menggunakan risalah ini semasa saya mnjalankan ibadah umrah disana.. semoga Allah merahmati tuan dan tergolong didalam golongan orang-orang yang beriman.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya silakan tuan/puan. Semoga mendapat umrah yg maqbullah.

      Terima kasih kerana sudi mendoakan saya. Amin Ya Rabb. Alhamdulillah.

      Delete
  16. Assalamualakum....tuan mohon izin copy doa diatas dapat saya gunakan th 2014 ini isaallah kami keluarga mau menunai ibadah haji semoga doa ini dijabah allah swt amin

    ReplyDelete