16 February, 2010

Makna Doa Untuk Keselamatan dan Kesentosaan Daripada Segala Wabak dan Penyakit

Makna bagi entri sebelum ini iaitu "Doa Untuk Keselamatan dan Kesentosaan Daripada Segala Wabak dan Penyakit".

Aku berlindung kepada Allah Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa dan Yang Mempunyai Kekuasaan Mutlak. Aku berpegang teguh kepada Allah Tuhan yang memiliki kerajaan yang maha agong. Dan aku berserah diri kepada Allah Tuhan Yang Hidup, tidak akan mati.

Ya Allah wahai Tuhan kami, jauhilah kami dari wabak yang datang ini dan peliharalah kami dari segala kejahatan yang merosakkan, serta selamatkanlah kami dari segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala yang datang dengan kelembutanMu Ya Allah, Tuhan Yang  Maha Halus dan Yang Maha Lemah Lembut, wahai Tuhan Yang Maha Halus Pengetahuan-Nya.  Engkau berkuasa ke atas segala sesuatu. Selawat dan salam kepada junjungan, Nabi Muhammad s.a.w. keluarga dan  para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta alam semesta.

Silalah tuan-tuan amalkan membaca doa ini 3x setiap lepas subuh dan maghrib. InsyaAllah, moga-moga kita akan terhindar daripada sebarang wabak yang melanda. Aamiin.

3 comments:

  1. assalammualaikum tuan haji..

    saya pernah melakukan dosa yg besar..sekarang saya sudah insaf & bertaubat..bolehkah saya salin doa di atas didalam kertas & menbacanya dengan melihat salinan itu tadi selapas solat?doa nya panjang & saya takut terlupa..

    saya dalam ketakutan diatas kesilapan saya itu..saya hendak memohon kepada allah supaya saya di jauhkan dari penyakit berjangkit diatas kesilapan saya itu..

    semoga tuan haji dapat membantu saya..doakan saya selamat dunia & akhirat..assalammualaikum....

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam wbt

    Pepatah Melayu ada mengatakan: "Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan." JSyukur alhamdulillah, boy telah sedar dengan kesilapan lampau. Allah masih sayangkan boy - oleh itu perbanyakkan taubat dan beristighfar, serta lakukanlah amalan-amalan baik serta jangan tinggal solat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan haji...insyaallah saya akan ingat selalu pesan tuan haji..sekarang ni hati saya tenang & tak tinggal solat 5 waktu..tetapi kadang-kadang hati saya tak tenteram,takut terjadi apa-apa pada diri saya..saya takut allah tak terima doa-doa saya..

      sebenarnya saya berazam hendak menolong keluarga saya..sekarang hanya tinggal adik & mak..ayah dah meninggal..saya hendak membantu jika allah makbulkan doa saya,berikan kesihatan & jauhkan dari perkara yang tak diingini..

      saya sudah bertunang & akan melangsungkan perkahwinan tahun depan..saya selalu berdoa moga saya diberi kesihatan & dijauhkan dari penyakit berbahaya sebab saya dah berjanji hendak jadi suami yang soleh & ketua keluarga yang bertanggungjawab..saya selalu berdoa supaya allah makbulkan segala doa-doa saya tidak kira di masjid atau di rumah setiap kali lepas solat..insyaallah....


      assalammualaikum...

      Delete