16 February, 2010

Doa Minta Hujan

Assalamu'alaikum wm wbr.

Cuaca pada masa sekarang ini terlalu panas dan kering sebab sekarang ini ialah pertengahan Monsun Timur Laut (akhir Disember - Februari). Hujan dijangka akan turun  lebih kerap pada musim peralihan monsun iaitu pada bulan April/Mei. Namun, bagi sesiapa yang tidak tahan cuaca panas ini, atau pokok-pokok tanamannya terancam mati kekeringan, maka bolehlah diusahakan untuk solat minta hujan (solat Istisqa') atau pun berdoa sahaja minta Allah swt turunkan hujan.

Di sini saya perturunkan kaedah doa untuk minta hujan yang diajarkan oleh guru saya iaitu mantan Mufti Negeri Sembilan, Dato' Syeikh Murtadza bin Hj. Ahmad.

Doanya ialah:

 1. Baca Fatihah 1x dihadiahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w.

2. Ingat di dalam hati dengan memohon kepada Allah supaya selamatdan dimakbulkan segala maksud.

3-8. Baca rangkaian zikir berikut:


        Zikir no. 3: Dibaca 70x
        Zikir no. 4: Dibaca 100x
        Zikir no. 5: Dibaca 70x









Zikir no 6: dibaca 100x
Zikir no 7 dibaca 111x
Doa no 8: Dibaca 50x atau 70x











9: Doa Minta Hujan: Dibaca 25x atau 50x atau 100x




Cubalah amalkan, insyaAllah.

4 comments:

  1. Salam tn.aji..ada satu buku tu saya baca...bila nak doa mintak hujan..kena pakai baju terbalik.. betul ke tn.aji?

    ReplyDelete
  2. Selepas post entri ni kami ada zikir dan baca doa tu. Alhamdulillah, dua tiga kali hujan turun - malam dan pagi. Mungkin kebetulan sahaja. Wallahuaklam. Mula-mula sebelum hujan, terasa sejuk jer selepas baca doa. Alhamdulullah.

    ReplyDelete
  3. Salam zai,

    Memang ada amalan macam tu. Tapi cuba bayangkan, apa kata orang lain kalau tengok kita sentiasa pakai baju terbalik ketika baca doa? :)

    ReplyDelete
  4. Queen Casino 2021 | Play £10, Get 30 Free Spins for 30
    Enjoy the gioco digitale best in live casino, including online slots, live dealer games, Play online casino games. ✓Get 30 free 바카라 사이트 spins at Queen クイーンカジノ Casino.

    ReplyDelete