Assalamu'alaikum wm wbr.
Doa dalam entri pengenalan blog ini (saya repeat kat sini supaya mudah dirujuk) adalah doa yang diucapkan oleh pengikut Nabi Musa a.s. di tepi Laut Merah yang sedang dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Bayangkan keadaan mereka ketika itu. Di hadapan mereka adalah laut yang dalam dan luas, sedangkan dibelakang mereka adalah tentera Firaun yang terkenal dengan keganasan dan kezalimanan mereka. Sudah tentu mereka panik dan ketakutan, lalu Nabi Musa memerintahkan agar kaumnya bertawakkal dan berdoa kepada Allah s.w.t. Musa berkata:
84. Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".
Kemudian kaum Nabi Musa berdoa:
85: Lalu mereka berkata: "...Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim".
86: "Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".
Fitnah bermaksud seksaan, ancaman, strategi jahat, dan sebagainya. Oleh yang demikian kaum muslimin disarankan agar sentiasa membaca doa tersebut (Yunus 85-86) memohon kepada Allah swt untuk menangkis segala rencana jahat musuh kita. Doa ini juga boleh digunakan untuk menangkis kejahatan bos yang zalim atau pun kejahatan ahli sihir, orang-orang yang dengki, dsb.
Doa ini mengajar kita supaya pasrah kepada Allah swt dalam menghadapai ancaman kezaliman, dan kekejaman musuh. Apabila kita berdoa dengan doa tersebut, maka kita bertawakkal kepada Allah swt kerana kita tidak punya apa-apa. Hanya Allah swt sahaja yang dapat menyelamat dan melindungi kita terutama pada saat-saat genting seperti situasi yang dialami oleh kaum Nabi Musa tersebut.
Kaedah amalan: Baca 7x selepas solat fardhu setiap hari.
Salam tuan haji, terima kasih kerana sudi berkongsi doa di atas... disini saya ingin bertanya berkenaan dgn doa nurun nubuwwah, bagaimanakah cara untuk mengamalkannyer & apa fadilat dari doa tersebut.. tima kasih
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteTerima kasih kerana sudi berkunjung ke sini dan menulis di ruangan komen.
Berkenaan doa nurun nubuwah itu, walaupun saya tahu (melalui buku dll), tetapi saya tidak mempelajarinya dan tidak menerima ijazah daripada mana-mana guru.
Melalui pembacaan dan dari cerita kawan-kawan, doa ini banyak kegunaannya. Antara kegunaannya ialah untuk merawat gangguan makhluk halus.
Oleh sebab saya tidak mendapat ijazah daripada mana-mana guru maka tidak dapatlah saya memuatkan doa tersebut di sini.
Assalamu’alaikum wa rohmatullohi wa barokatuh
DeleteKepada Yang terhormat Tuan Haji Mohd Saad Hamid
Semoga Allah SWT selalu memberikan ampunan, rahmat dan keberkahan bagi ustadz sekeluarga. Saya pagi ini mendapat rahmat dari Allah SWT membuka Laman Tuan Haji. Alhamdulillah sangat bagus dan semoga memberi manfaat dan pencerahan bagi umat Islam berbahasa Melayu, khususnya Ahlus Sunnah wal jama’ah. Perkenalkan nama saya Maman Kusmana dari Tangerang Banten, Indonesia. Saya akan mengikuti berbagai ilmu dari Tuan haji untuk dapat mengambil manfaat. Salam hormat dari saya dan seluruh jamaah Majlis sholawat Nariyah Masjid Al-Ikhlash Perumnas 3 Tangerang Banten.
Wassalamu’alaikum wa rohmatullohi wa barokatuh
Maman Kusmana
Wa'alaikum salam wbt
DeleteSalam perkenalan buat saudaraku Maman Kusmana. Semoga saudaraku Maman Kusmana sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Segala yang baik itu adalah daripada Allah SWT dan yang serba kekurangan dan apa-apa kecacatan di sini adalah merupakan kelemahan diri saya sendiri.
Doa-doa yang terdapat dalam blog ini kebanyakannya diambil daripada al-Quran, hadis, dan juga doa-doa daripada alim ulama yang sempat saya berguru dengan mereka.
Semoga saudaraku Maman Kusmana dan para pembaca blog ini memperoleh manfaat daripada doa-doa tersebut dengan izin Allah SWT.
Assalamu’alaikum wa rohmatullohi wa barokatuh
ReplyDeleteKepada Yang terhormat Tuan Haji Mohd Saad Hamid
Perkenalkan nama saya M. Miftahul Alam dari Gresik Jawa Timur Indonesia. Saya berucap Syukur Alhamdulillah telah dipertemukan oleh Alloh SWT. dengan blog Tuan Haji. Insya Alloh, Saya akan mengikuti berbagai ilmu dari Tuan haji untuk dapat mengambil manfaat. Salam hormat dan Salam Silaturrahim dari saya.
Jazakallohu Khoiron Katsiro wa Ahsanal jaza' Kullu 'Amin waantum Bialfi Khoir.
M. Miftahul Alam
Wa'alaikum salam wbt
DeleteSalam perkenalan buat M. Miftahul Alam.
Amin.
Assalamualaikum..trima kasih sbb kongsikan doa ini.
ReplyDeleteWa'alaikum salm wbt
DeleteSama-sama. Alhamdulillah
As salam tuan haji.. Blh ker ayat ni dibaca semasa solat hajat... Tima ksh
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteBoleh insya Allah sbb ia juga adalah doa.
Assalamu'alaikum.
ReplyDeletePak, sudah tidak update lagi?
assalamualaikum saya nak amalkan mohon tuan haji izinkan
ReplyDeleteassalamualaikum saya nak amalkan mohon tuan haji izinkan
ReplyDeleteAssalamualaikum. Anak saya dibuli disekolah kerana kami bukan keluarga yang ada kedudukan dan kaya. Semoga doa ini dapat melindungi anak saya.
ReplyDeleteAssalamualaikum tuan,
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian doa. Boleh sy kongsi doa ni di FB sy utk manfaat lebih ramai pembaca? TQ