Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat sihat dan nikmat masa lapang kepada saya lantas membolehkan saya berkongsi sedikit pengetahuan melalui entri di sini.
Sejak akhir-akhir ini keluarga biras saya (isteri abang ipar) mengalami musibah yang bertimpa-timpa. Baru-bari ini adik perempuannya meninggal dunia akibat barah usus, pada masa yang sama adik lelakinya masuk hospital sebab bengkak leher dan setelah di"scan" disahkan mengidap barah darah.
Kita juga sering terdengar berita kawan-kawan, sahabat handai, jiran sekampung mengalami pelbagai jenis barah dan kadang-kadang pada tahap ke-4.
Jadi apakah upaya kita untuk membantu mereka yang sedang ditimpa musibah tersebut? Selain daripada perubatan moden (hospital - kaedah allopathy), kita boleh juga berikhtiar dengan perubatan alternatif seperti menggunakan herba-herba yang tertentu, atau dengan kaedah perubatan Islam seperti yang diamalkan oleh Darussyifa'.
Di samping itu pesakit bolehlah beramal dengan ayat-ayat al-Quran sebab al-Quran ialah "Syifa' bagi manusia." (Al-Israa':82)
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Alhamdulillah, saya berpeluang menghadiri satu majlis yang dipimpin oleh Syeikh Paiz, adik kepada Dato' Murtadza Bin Ahmad, mantan Mufti Negeri Sembilan. Dalam majlis tersebut Syeikh memberitahu supaya pesakit-pesakit yang mengidap sakit yang kronik seperti barah dan sebagainya, maka hendaklah ia melazimkan membaca surah al-Waqiah, mudah-mudahan ia sembuh dengan izin Allah SWT.
Mari kita lihat hadis-hadis mengenai fadhilat surah al-Waqi'ah:
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Mas'ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Jelas hadis-hadis Nabi mengenai fadhilat surah al-Waqi'ah ini menyentuh tentang mengelak kemiskinan. Jika diteliti dengan lebih lanjut lagi, rupa-rupanya miskin dalam definisi apabila dihuraikan melalui Bahasa Arab ialah miskin kesihatan, miskin wang ringgit, miskin jiwa, miskin ilmu dan sebagainya. Definisi miskin ini begitu subjektif bagi bahasa mereka. Ianya bermaksud kekurangan atau perkara yang tiada pada mereka.
Jadi orang yang sedang sakit juga dikatakan miskin, iaitu miskin sihat - tidak sihat. Maka dengan itu ikutilah saranan para Allamah, lazimkanlah membaca surah al-Waqi'ah dan berdoa dengan tulus ikhlas agar Allah SWT menyembuhkan penderitaan yang kita alami dari penyakit yang kronik tersebut.
Di bawah ini dinyatakan kaedah amalan surah al-Waqi'ah yang saya petik daripada Internet.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
- Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
salam tn hj..
ReplyDeleteummi mohon copy fadilat surah Al-Waqi’ah di atas....
Wa'alaikum salam, Silakan UH alhamdulillah.
ReplyDeleteassalam tuan hj,
ReplyDeletesaya juga mohon copy doa-doa yang baik untuk kita semua ya...
Wa'alaikum salam e-fantasykayd
ReplyDeleteSilakan dan panjang-panjangkan
Alhamdulillah
saya jua pernah menghadiri kelas yg dibawa sheikh paiz,..memang dia guru yang amat saya hormati dan kaya ilmu tetapi rendah diri orangnya. terima kasih info tuan
ReplyDeleteAssalamu'alaikum wbt
ReplyDeleteAlhamdulillah, sama-samalah kita menadah ilmu. :)
Salam.dkt mana sy bleh jumpa dgn ustaz syeikh faiz
ReplyDeletesheikh faiz sebulan sekali dtanag ke masjid warisan/masjid lama telok kemang untuk mjalis zikir bulanan dan hol.
DeleteWa'alaikum salam wbt
ReplyDeleteSyekh Paiz tinggal di Seremban, tetapi saya tidak tahu alamat rumah syeikh.
Syeikh Paiz akan datang ke Serkam, Melaka iaitu sekali dalam sebulan untuk majlis zikir, insyaAllah.
Mohon copy dalam komputer.
ReplyDeleteTerima kasih
Silakan dan jangan lupa masukkan alamat blog ini dalam entri tersebut ya.
DeleteSalam dapatlah kiranya berkongsi doa2 lain daripada ustaz syeikh faiz...tima kasih
ReplyDeleteAssalamualaikum..mohon d copy ya doa2 d sini..hati sedang risau dengan keputusan ujian darah..semoga ustaz dapat mendoakan kesejahteraan hidup saya..terima kasih.
ReplyDeleteWa'alaikum salam wbt
DeleteSilakan. Somoga Nur Cahaya sentiasa dalam peliharaan dan perlindungan Allah SWT. Semoga Allah menurunkan barakah, rahmat dan kesembuhan kepada Nur Cahaya, Amin.
Ass. Wr. Wb.
ReplyDeletePak Ustaz, terima kasih infonya.
Apakah dalam pelaksanaan puasa tsb sama spt puasa Ramadhan dalam arti berpuasa di waktu siang dan berbuka/break fast di saat Magrib dan hanya boleh makan makanan yg bukan dari hewan ?
Atau hanya berpuasa memakan daging hewan.
Mohon penjelasan
Wass. Wr. Wb.
Wa'alaikum salam wbt
DeleteYa, semua puasa sunat adalah sama seperti berpuasa pada bulan ramadhan pada waktu siang dan berpuka pada saat maghrib.
Salam Tuan,
ReplyDeletesaya minta kebenaran untuk amal dan copy doa-doa dari blog tuan ini...
Wa'alaikum salam wbt
DeleteYa, silakan dan izin diberi untuk copy paste 1 atau 2 doa sahaja - takkan lah nak copy paste semua kot?
alhamdulillah ustaz...jumpa blog ni sangat berguna....
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga bermanfaat, in shaa Allah.
DeleteSalam syeikh..
ReplyDeleteTumpang tanya.. Kalau nak ikut kan amalan tersebut, malam jumaat terakhir tu dibaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 kali. Saya sering juga membaca surah ni lepas isyak. Tapi rasa kalau nak dihabis kan 125x untuk satu malam tu macam agak mustahil. Apa pendapat syeikh?
Syukran.
Wa'alaikum salam wbt
DeleteCuba dulu. In shaa Allah
Assalamualaikum.izinkan sy untuk amalkan.ahmad basri. Jazakallaahu khairan kathiira.tuan blog budiman.
ReplyDeleteWa'alikum salam wbt
DeleteSilakan tuan, alhamdulillah. Semoga mujarab in sha Allah.
Assalamualaikum, terima kasih atas sharenya tentang doa mustajab :)
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz...minta izin saya copy doa di atas yer.ayah kwn baru terlibat dgn kemalangan.doakan ayah beliau smoga cepat sedar&sembuh.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz...minta izin saya copy doa di atas yer.ayah kwn baru terlibat dgn kemalangan.doakan ayah beliau smoga cepat sedar&sembuh.
ReplyDeleteAssalamualaikum dan salam sejahtera. Saya disini menyediakan khairat kematian secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan yang sangat kronik. (*disahkan oleh doktor tidak ada harapan untuk hidup). Cth: Kanser tahap 4, dll
ReplyDeleteAjal maut ditangan tuhan. Saya cuma ingin meringankan beban keluarga sekiranya berlaku kematian.
Syarat:
1) Disahkan oleh doktor tiada harapan
2) Berumur 1-60 tahun
3) Warganegara Malaysia
Caruman Khairat adalah PERCUMA! tanpa syarat
Sekiranya berlaku kematian, keluarga akan dibayar sebanyak RM1K – 5K
Email: dhiaizzul.ent@gmail.com
Assalamualaikum trimaksih atas sharing doanya dan saya sudah melakukan kopi paste sebagai amalan untuk penyembuh penyakit saya.
ReplyDelete